Monday, November 20, 2017

Myvi baru 2017/2018

Hai Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap tahun Malaysia tidak sunyi dari berita keluaran Automatf tempatan yang sesuai digunakan untuk masyarakat tempatan dan sesuai untuk semua lapisan masyaraat samada golongan pertengahan dan golongan yang berada.

MYVI antara kereta yang mendapat jualan teringgi setiap tahun dari tahun pertama keluaran Myvi pada tahun 2005 sehinggalah kini walaupun 2 kali Perodua mengeluarkan MYVI facelift namun sambutan kenderaan jimat petrol ini tetap dapat sambutan.



KENAPA MYVI BARU ?


1. KESELAMATAN :
Admin sendiri minat dengan MYVI dari keluaran pertama sehingga keluaran terkini. kerana MYVI kenderaan compact yang Jimat Petrol, Mudah parking , sesuai dipandu utk perjalanan dekat dan jauh dan yang paling penting MYVI terbaru mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik.
(Maklumat lanjut ciri-cicr keselamatan ada di akhir artikel)


Kalau dulu orang kata MYVI takde ABS dan EBD pada Brek dan kurang ciri-ciri keselamatan dibandingkan kereta-kereta lain. Tapi sekarang tidak lagi. MYVI terbaru lengkap dengan ciri-ciri keselamatan seperti ABS, EBD, 6 AIRBAGS DAN A.S.A




2. JIMAT PETROL :
Di era perubahan teknologi terkini , Perodua seungguh peka menjaga ciri-ciri penjimatan PETROL untuk pengguna kereta-kereta yang dikeluarkan PERODUA. Antara ciri-ciri yang menarik pada MYVI adalah sistem pinjimatan sistem EEV/ECO yang terdapat pada MYVI kali ini .



3. RUANG LEBIH BESAR :
MYVI keluaran sebelum ni memang hanya sesuai untuk orang yang belum berkahwin, atau yang baru mendirikan rumah tangga. Tapi berbeza dengan MYVI TERBARU ni mempunyai ruang yang LUAS dan sesuai untuk membawa 2 atau 3 orang anak. bukan saja ruang tempat duduk yang luas malah ruang bonet yng boleh membawa muatan lebih besar dari MYVI yang lama.

Bonet yang mempunyai ruang yang Luas.


Pandangan dari sudut atas ruang dalam Myvi Baru 





4. KEMUDAHAN :
MYVI terbaru telah menyediakan beberapa alat kemudahan yang mana telah wujud pada kereta-kereta mewah yang lain seperti GPS , START BUTTON, WARNING BREK SENSOR, KAMERA UNDUR , AUTO SUHU AIRCOND dan yang paling best benda yang takde pada kereta lain iailah SLOT KAD TOUCH N GO !!! yang ni memang takde pada kereta lain. jadi pemilik MYVI tak perlu lagi risau terlupa bawa smart tag atau smart tag kehabisan bateri.



Bentuk Dashboard yang mewah walau kereta harga termurah



Screen GPS dan Kamera undur


Slot Kad Touch N Go yang tiada pada kereta lain




5. HARGA TERMURAH :
Kalau dibanding kereta-kereta yang ada ciri-ciri yang canggih sudah tentu harganya tinggi dan mahal . DEPOSIT sudah tentu RM8000 atau RM10,000. installment bulanan sudah tentu RM900 atau RM1,200.
Akan tetapi PERODUA MYVI yang mempunyai ciri-ciri keselamatan dan kecanggihan kereta mewah dengan harga mampu milik yang tak sampai RM700 bayar bulanan.
kalau beli spec yang lebih rendah lebih kurang RM500 lebih je...
(Maklumat harga mengikut spec seperti di bawah)

KLIK DI SINI UNTUK LIHAT HARGA MYVI BARU





JOM TENGOK VIDEO MYVI BARU NI 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------


HARGA MYVI BARU



JOM tengok harga dan spec-spec yang ada pada MYVI baru : 

Perincian Myvi TERBARU mengikut varian adalah seperti berikut:
Perodua Myvi 1.3 Standard G – RM44,300 (MT), RM46,300 (AT)
Elemen standard seperti berikut:
Mekanikal
  • Enjin 1.3 liter Dual VVT-i (1NR-VE)
  • 1,329 cc, petrol empat-silinder
  • 94 hp pada 6,000 rpm, 121 Nm pada 4,000 rpm
  • Manual lima-kelajuan atau E-AT empat-kelajuan
  • Tangki penuh 36 liter
  • 3,895 mm panjang, 1,735 mm lebar, 1,515 mm tinggi, 2,500 mm jarak roda
  • Jarak kelegaan tanah 160 mm
  • Stereng kuasa elektrik (EPS)
  • Jejari pusingan 4.8-meter turning radius
  • Waranti lima-tahun/150,000 km
Luaran
  • Lampu utama LED dengan fungsi auto off dan follow-me-home
  • Larasan lampu utama manual
  • Lampu belakang LED dengan lampu arah
  • Cermin sisi larasan-elektrik dengan isyarak membelok
  • Bilah pengelap cermin hadapan jenis-Aeroblade
  • Pengesan undur
  • Roda aloi 14-inci
  • Tayar Bridgestone Ecopia EP150 175/65R14
  • Tayar simpanan bersaiz-penuh
Dalaman
  • Kemasukan tanpa kunci dan butang start-stop enjin
  • Cermin hadapan akustik
  • Tingkap berkuasa, fungsi turun auto untuk pemandu sahaja
  • Unit utama Double-din dengan radio dan USB
  • Kawalan pendingin hawa digital (dengan larasan dua memori)
  • Roda stereng Poliuretana dengan larasan kedudukan
  • Larasan-ketinggian bagi tempat duduk pemandu
  • Konfigurasi tempat duduk fleksibel 8+1
  • Tempat duduk belakang dengan perehat kepala
  • Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40
  • But berkapasiti 277 liter (boleh mencecah sehingga 832 liter dengan tempat duduk belakang dibaringkan)
  • Poket sisi pada tempat duduk hadapan (untuk telefon mudah alih)
  • Cangkuk beg anti-kecurian
Keselamatan
  • Empat beg udara (dwi hadapan, sisi hadapan)
  • ABS, EBD
  • Kawalan Kestabilan Elektronik(VSC)
  • Kawalan traction (TRC)
  • Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
  • Penarafan lima-bintang daripada ujian perlanggaran ASEAN NCAP
  • Peringatan tali pinggang keledar untuk semua tempat duduk (aktif di hadapan, pasif di belakang)
  • Dua cagak Isofix untuk tempat duduk belakang
Estetika
  • Gril hadapan perak
  • Tiada lampu kabus hadapan – penutup hitam
  • Pemegang pintu sama dengan warna badan
  • Antena sirip-jerung
  • Pemegang pintu dalaman hitam
  • Kekemasan dalaman hitam
  • Corong pendingin hawa berkemasan perak
Perodua Myvi 1.3 Premium X – RM48,300 (AT)
Tambahan:
Mekanikal
  • Sistem start-stop automatik Eco-idle
  • Bantuan Mula Mendaki
Luaran
  • Lampu kabus hadapan
  • Pengesan parkir hadapan
  • Cermin sisi larasan berkuasa
Dalaman
  • Unit utama Double-din dengan radio, USB dan Bluetooth
  • Pengecas USB
  • Roda stereng balutan-kulit dengan kawalan audio, telefon
  • Tempat duduk belakang dengan perehat kepala boleh laras
Estetika
  • Gril hadapan krom
  • Lampu kabus hadapan dengan kekemasan krom
  • Pemegang pintu krom
  • Pemegang pintu dalaman krom
  • Kekemasan perak di sekeliling kawalan tingkap, butang pada roda stereng, dan tapak tuil gear
  • Panel instrumen dengan kekemasan krom
  • Corong pendingin hawa dengan kekemasan krom
Pilihan warna bagi Myvi 1.3
  • Ivory White (solid)
  • Glittering Silver (metalik)
  • Mystical Purple (metalik)
  • Lava Red (metalik)
  • Peppermint Green (metalik) – baharu, eksklusif untuk model 1.3
Perodua Myvi 1.5 High – RM51,800 (AT)
Tambahan:
Mekanikal
  • Enjin 1.5 liter Dual VVT-i (2NR-VE)
  • 1,496 cc,petrol empat-silinder
  • 102 hp pada 6,000 rpm, 136 Nm pada 4,200 rpm
  • E-AT empat-kelajuan
  • Ekonomi penggunaan bahan api gabungan 20.1 km per liter
Luaran
  • Roda aloi dua-tona 15-inci
  • Tayar Goodyear Assurance TripleMax 185/55R15
Luaran dan keselamatan
  • Pembaca tol binaan dalam (integrasi SmartTAG)
  • Enam beg udara (dwi hadapan, sisi hadapan, tirai
Estetika
  • Kit badan hadapan dan skirt sisi (dwi-tona)
  • Bampar belakang dwi-tona
  • Spoiler belakang
Perodua Myvi 1.5 Advance – RM55,300 (AT)
Tambahan:
Dalaman
  • Upholstery kulit
  • Unit utama skrin sesentuh dengan navigasi dan SmartLink
  • Kamera undur
  • Filem lapisan tingkap keselamatan
Keselamatan
  • Advanced Safety Assist (ASA)
  • Amaran Pra-pelanggaran
  • Brek automatik Pra-pelanggaran (brek kecemasan automatik pada kelajuan rendah)
  • Amaran Pergerakan Kehadapan
  • Kawalan Salah-operasi Pedal
Pilihan warna untuk Myvi 1.5
  • Ivory White (solid)
  • Glittering Silver (metalik)
  • Mystical Purple (metalik)
  • Lava Red (metalik)
  • Granite Grey (metalik) – baharu, eksklusif untuk model 1.5

Jika nak tengok kiraan bayaran instalment bulanan , sila klik di sini


BAGAIMANA NAK MEMBELI KERETA MYVI TERBARU NI ? 

Sekarang tidaklah susah sangat nak memiliki sebuah kenderaan baru asalkan tuan/puan mempunyai syarat yang diminta oleh pihak BANK ( jika mahu beli cara bayaran ansuran pinjaman bank)
Jika mahu secara cash pun boleh .. amat digalakkan jika ada yang mampu beli cara cash tanpa pinjaman bank .

Antara syarat selalu bank minta : 
1. Salinan fotokopi Penyata gaji 3 bulan
2. Salinan fotokopi Penyata KWSP
3.Salinan kad pengenalan
4. Salinan LESEN memandu.

5. salinan SSM (Jika berniaga sendiri)
Setelah lengkap 5 perkara di atas boleh emailkan pada saya atau snap gambar dan hantar melalui WHATSAPP

JIKA ANDA BERMINAT NAK MEMILIKI KERETA MYVI TERBARU
BOLEH TERUS CALL/ WASAP  SAYA EN.TAUFIQ 

KLIK DI LINK WASAP SAYA DI BAWAH :

Myvi baru 2017/2018

Hai Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap tahun Malaysia tidak sunyi dari berita keluaran Automatf tempatan yang sesuai digunakan u...